Setelah lama menunggu , bulan yang telah ku lama menunggu telahpun
tiba . Aku ingin sangat peperiksaan berakhir secepat mungkin kerana
aku tidak ingin selalu berdepan dengan nota dan buku lagi tapi bila
ia berakhir tibalah masa aku meninggalkan keluargaku & kawanku .
Sebenarnya aku keberatan hendak meninggalkan mereka kerana
telah menjadi satu kebiasaan untuk bersama dengan mereka .
Rumahku semakin kurang orang semakin sunyi apabila Kak belajar
di Kedah dan aku akan pergi Singapura . Pasti akan rindu Mama
yang selalu jaga saya sewaktu sakit , buat aku ketawa dengan saling
mengejek , menonton drama dengan ku , selalu risaukan ku ,
selalu panggil aku bangun ke sekolah , selalu sedia sarapan untukku
dan selalu marah tapi sayang ku .
Tidak pernah ku lupai kawanku yang sentiasa berada di sisiku .
Terlalu banyak kenangan yang indah mereka cipta and tinggal
dalam hidupku hingga dunia ku berwarna warni . Kawan ada
banyak tapi berapa yang benar benar melayan dengan ikhlas
dapatku rasai . Tidak tinggal banyak tapi yang tinggal pasti
ku ingati and kasihi .
Hanya di depan keluarga dan kawan aku dapat ketawa dengan
gembira sekali walau apa jua berlaku .
Loves ,
KitYee
No comments:
Post a Comment