Wednesday, August 10, 2011

Untukmu ((;

Edisi khas untuk engkau (:

Selamat Hari Jadi , SeeMun .



Pertama sekali , doakan engkau sentiasa dalam keadaan yang sihat , segala yang berlaku berjalan dengan lancar teruatamanya STPM yang akan datang . Selama 7 tahun ini , terdapat banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup kita berdua . Dari orang asing jadi kawan , dan kini menjadi kawan yang teramat rapat hingga ada orang mengata kita sebagai kembar . Apa yang aku suka pada engkau ialah sikap engkau yang hendak segala disiapkan dalam keadaan yang sempurna . Aku nampak yang engkau kini sangat berusaha mengulangkaji untuk ujian akan datang , all the best for you ((; Kita pernah melalui banyak perkara bersama , yang paling sukar aku melupakan ialah engkau sentiasa berada disisiku apabila aku menghadapi kesusahan dan titisan air matamu yang mengalir menbasahi pipimu , aku benar menghargainya . Tidak pernah terfikir perkara tersebut akan berlaku . Entah mengapa kita suka sangat buli satu sama lain dalam kelas , mungkin kita terlalu senang . Aku mempunyai banyak nama samaran dah , semuanya dari engkau dan kawan yang lain . Persahabatan kita tidak akan berakhir di sini , perjalanan ini masih panjang sehingga tiada penghujungnya . Jaga diri engkau baik-baik , jangan selalu tidak makan kerana hendak diet sehingga engkau gastric . Engkau tidak kelihatan gemuk . Itu cuma bayangan yang terdapat dalam fikiranmu saja . Segala yang telah berlaku , tinggalkan di belakang . Sentiasa pandang ke hadapan . Sentiasa menghargai persahabatan kita ((: Aku cinta padamu . 








p/s : Di sekolah nanti engkau akan menerima sesuatu ' handmade ' daripada aku .

Loves ,
Ky

No comments: