Hari ini aku telah menolak pelawaan seorang guru untuk menghadiri majlis perpisahan sebuah kelab . Guru tersebut berasa hairan dan menanya aku , mengapa tidak hendak menghadirkan diri , adakah guru berkenaan mempunyai masalah ? Dengan cepat aku menjawab , masalah bukan pada cikgu . Aku cuma tidak ingin orang lain cakap banyak apabila aku hadir ke majlis tersebut . Malah aku bukan ahli kelab tersebut . Sekolah aku terkenal dengan sangat suka tikam di belakang orang lain dan aku pernah merasainya .
Masa rehat aku terserempak dengan cikgu tersebut dan tidak henti menanya aku tentang apa yang berlaku . Aku tidak henti menjawab perisitiwa tersebut telah lama berlaku . Tiada apa yang hendak hairan , segala yang berlaku merupakan sejarah yang ingin aku padamkan dalam ingatanku . Aku benar-benar tidak ingin menjawab apa-apa soalan daripada cikgu . Kerana aku tidak ingin ungkit sebarang peristiwa yang telah berlaku terutama berkaitan dengan percintaan yang telah berakhir setengah tahun yang lalu . Kini , aku hidup dengan gembira dan langsung tiada stress . Aku berpuas hati dengan hidup yang aku miliki sekarang terutama mempunyai keluarga dan kawan yang tersayang berada di sisiku .
Aku tidak berdaya untuk membuat apa-apa penjelasan kerana aku mempelajari sesuatu dalam hidupku pada awal tahun ini iaitu jangan membuang masa untuk membuat penjelasan terhadap yang telah berlaku kerana pada mereka yang percaya pada engkau tidak akan bertanya banyak . Apabila penjelasan yang telah diberi muka mereka akan penuh kesangsian , ini paling menghampakan orang yang penat membuat penjelasan .
Loves ,
Ky
No comments:
Post a Comment